Rabu, 3 Jun 2009

BUMBUNG STADIUM RUNTUH: JANGAN ADA ANDAIAN

Salam Blogger

Terkedu saya apabila mendapat berita mengenai bumbung Stadium Tuanku Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh Selasa lalu. Ia berlaku 24 jam sebelum berlangsungnya Kejohanan Sukan Kakitangan IPTA Malaysia. Syukur Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Apa pun, ia tetap memalukan kerana stadium yang dianggap tercanggih di Asia dari segi reka bentuk bumbungnya telah rebah menyembah bumi.

Maka hancurlah segala rasa gah, kegembiraan dan rasa bangga rakyat. Ya benar, ia adalah sekadar bumbung tetapi memandangkan ia baru siap dibina setahun yang lalu, maka insiden tersebut memerlukan perhatian serius semua pihak. Saya bukanlah seorang pakar, jauh sekali mahu berbicara mengenai soal arkitek atau teknikal. Namun, sebagai rakyat yang turut berkongsi rasa hebat di sebalik terbina stadium tersebut, kejadian itu amat menyedihkan saya.

Maka, sekali lagi kita akan melihat babak bangau oh bangau akan berlaku. Masing-masing akan menunding jari bagi mencari siapakah yang harus dipersalahkan dalam kejadian itu. Dan, bukan menghairankan apabila terdapat suara nakal yang segera menyalahkan kerajaan di sebalik kejadian itu dengan membuat dakwaan popular iaitu mengaitkannya dengan korupsi. Wah!, bila berlaku begitu kerajaan dituduh tetapi dalam setiap banyak kejayaan yang dilaksanakan kerajaan, tiada pula mereka mahu memuji.

Tentu sekali akan ada pihak akan menangguk di air yang keruh. Maka saya tidak hairan apabila pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap kerajaan. Memang itu kerja mereka. Buat jahat, menuduh tanpa bukti dan menfitnah adalah cara mereka yang dihalalkan menurut hukum yang mereka sendiri ciptakan.

Tok Guru pun sama, selalu berbohong kepada rakyat dan melemparkan tuduhan serta membuat andaian. Hakikatnya, tiada siapa pun boleh menghalang takdir dan kemahuan Tuhan. Jika rumah kita runtuh, siapa yang bersalah. Kita?. Atau, adakah kerana kita seorang perasuah, maka rumah kita itu runtuh?. Tergamakkah kita menyalahkan diri sendiri akibat daripada itu?

Jangan terlalu mudah menunding jari menuduh. Tunggulah hasil siasatannya nanti. Kelemahan ada di mana-mana. Namun, ia tidak bermaksud ia disengajakan berlaku.

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Cuma saya teringat kata-kata seorang guru: “Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab musababnya”.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat syed anuar. kalau nak bandingkan mung dengan si reedzal mamak tu, jauh lebih hebat mung. bila mung nok jadi presiden gpms. dok pun mung jadi presiden umno dok apa.

Tanpa Nama berkata...

runtuh tu sebab kena sumpah. kalu tanya puak pas, mereka akan kata bala. tanya umno, kata sebab tok deris. tanya rakyat, kata padan muka. tanya aku, mat said dok berkat jadi mb.

Tanpa Nama berkata...

kita mesti belajar daripada setiap peristiwa. bongkarkannya.