Rabu, 3 Jun 2009

TIADA TEMPAT UNTUK CHIN PENG KEMBALI


Salam Blogger

Entah di mana puncanya, nama penghianat negara dan bangsa Malaysia, Chin Peng tiba-tiba menarik perhatian umum. Entah apa sebabnya, ada keinginan dan desakan pihak tertentu di negara ini yang mahukan kerajaan membenarkan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) itu pulang ke Malaysia. Untuk apa dan mengapa?, ia adalah persoalan yang masih sangat kabur.

Namun, apa yang pasti terdapat pihak tertentu nampaknya mahu berlagak sebagai jaguh dan sengaja mengambil kesempatan dalam waktu begini. Yang membuat saranan serta menyokongnya itu bukan sahaja datangnya daripada manusia yang mempunyai wajah yang sama dengan Chin Peng tetapi juga pemimpin politik Melayu yang mendakwa memperjuangkan Islam turut menyokong usaha tersebut. Jika tidak di atas nama kepentingan atau mahu menunjukkan mereka itu jaguh, semua itu tergamak dan sanggup dilakukan. Jadi, rakyat kita masih butakah?.

Saya pelik, mengapa tiba-tiba isu membawa pulang Chin Peng ke Malaysia menjadi isu besar dan diberikan publisiti yang meluas sekali. Adakah kerana kerajaan Malaysia hari ini dilihat begitu liberal atau mungkin ada pihak mahu menangguk di air keruh untuk memperalatkan gagasan Satu Malaysia?. Jadi, saya nasihatkan kepada mereka yang mahu berlagak sebagai jaguh kampung dalam isu tersebut agar kembali membaca sejarah negara atau lebih mudah lagi meminta tokoh sejarah tersohor, Datuk Profesor Dr Khoo Kay Kim memberikan syarahan perdana mengenai komunisme kepada manusia yang menyokong Chin Peng dan kuncu-kuncunya.

Mungkin jika lebih mudah, mereka perlu menonton filem Bukit Kepong lakonan Datuk Jins Shamsuddin. Sebagaimana yang selalu disebutkan, manusia bernama Chin Peng ini telah banyak berdosa kepada rakyat Malaysia dan segala dosa-dosa itu tidak boleh disucikan dengan hanya ungkapan maaf. Rakyat Malaysia tidak mungkin akan dapat memaafkan dengan mudah terhadap Chin Peng.

Hari ini, nama komunis itu sendiri adalah sesuatu yang menjijikkan bagi rakyat kita. Ia adalah simbol kejahatan, kezaliman dan penindasan secara tidak berhati perut komunis terhadap rakyat kita. Mereka yang masih ada di negara ini dan mencadang atau menyokong usaha membawa pulang Chin Peng, mereka ini adalah pengkhianat sebenarnya. Rakyat perlu melihat kenyataan, pendirian serta perangai puak-puak ini.

Mereka ini, menuduh orang memanglah pandai tetapi mereka sendiri menyokong kehadiran bekas pemimpin komunis di negara kita. Itu termasuk yang berjuang Islam. Di mana maruah kita sebenarnya. Hanya kerana sedikit kepentingan dan kuasa yang mereka kejar, mereka tergamak menyokong kepulangan Chin Peng ke bumi yang kerananyalah ramai yang menemui ajal dan cacat seumur hidup.

Terima kasih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan DS Najib Tun Razak yang menolak kepulangan Chin Peng. Tiada sebarang kompromi dalam isu tersebut. Komunis tetap komunis dan kita semua membencinya sehingga selama-lamanya.

Pergi jahanam Chin Peng dan Komunis!

2 ulasan:

Walski69 berkata...

Kalau begitu, mengapakah Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang?

Dari segi kekejaman, bukankah Jepun lebih ganas semasa perang dunia kedua? Kenapa pula kehadiran Jepun di Malaysia hari ini dialu-alukan?

Kerana saudara menyeru kepada pembaca kalian untuk menyingkap semula sejarah, pihak manakah yang menjadi benefactor kepada Parti Komunis Malaya? Negara China, bukan? Kalau begitu, mengapa Malaysia menjalinkan talian diplomatik dengan negara itu?

Why the double-standards?

Syed Anuar Syed Mohamad berkata...

terima kasih di atas pandangan. Anda harus memahami bahawa Jepun (tentera) dan China tidak sama dengan Chin Peng. Chin Peng adalah individu yang terlibat secara langsung dengan komunis yang bertanggungjawab membunuh, mendera dan mengkhianati negara. Anda harus tahu membezakannya. Bukan soal double standard.