Jumaat, 8 Mei 2009

CATATAN MENJELANG SUBUH


Assalamualaikum …

Sejak kebelakangan ini, kemunculan isu-isu politik khususnya di Terengganu telah menarik minat yang berganda buat kita semua. Saya adalah antara manusia yang teruja dengan isu-isu yang berlaku. Sama ada, ia adalah satu andaian, persepsi atau kenyataan, ia terpulanglah kepada penilaian kita. Di Terengganu, isu untuk menukarkan pemimpin telah sejak sekian lama terdendang dan ia telah menjadi satu isu yang masih diperkatakan hingga ke hari ini.

Walaupun apa yang dikata, masih belum terkota, minat untuk melihat berlakunya apa yang dikatakan sebagai satu perubahan kian membara. Sama ada, ia hanya sekadar perencah politik atau apa sahaja yang boleh dimaksudkan sama dengannya, menukar pemimpin bukan seperti kita menukar baju. Rakyat tidak boleh terlalu sempit dalam membuat penilaian dan mencatatkan kemahuan tanpa memikirkan segala-galanya.

Saya melihat, perkembangan politik di Terengganu hari ini masih tidak sihat. Bukannya saya mahu mempersoalkan atau menyokong sesiapa, tetapi bagi saya, menukar pemimpin bukanlah jawapan yang muktamad kepada persoalan yang berbangkit. Yang penting ialah misi Perdana Menteri kita bahawa akyat didahulukan. Jika itu dapat dilaksanakan, maka yang lain sudah lagi tidak penting lagi. Saya sedar, kadangkala kita berjuang di atas nama kebenaran tetapi apa ertinya perjuangan itu jika ia akan hancur mendedahkan sesuatu yang tidak sihat kepada rakyat.

Saya bimbang dengan kuasa rakyat yang sedang meneliti dan memerhati perkembangan yang berlaku. Janganlah sampai, kita menang sorak tetapi kampung tergadai. Musuh politik kita sedang menanti dengan minatnya untuk mengambil alih kuasa yang tidak sepatutnya kita berikan kepada mereka. Adakah kita tergamak begitu. Jika tidak mahu, kita perlulah berkorban. Kita kena lebih matang dan bijak dalam mengurus politik kerana kepentingan mesti diberikan kepada rakyat dan bukannya soal kedudukan. Pemimpin boleh silih berganti tetapi jika parti kita dilucutkan kelayakan oleh rakyat daripada berkuasa, ia belum tentu dapat bersilih lagi. Apa yang telah dan sedang lakukan akan tersekat dan disekat. Itu yang kita takutkan.

Saya berharap, rakyat di negeri saya memahami keadaan tersebut dan segera menghentikan polemik yang merugikan. Marilah kita fokus kepada amanah yang telah diberikan untuk melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin demi rakyat dan negeri. Kita mesti sepakat dan bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat. Itu harapan yang amat besar dari rakyat kepada kita semua.

Sedarlah hakikat itu dan jangan biarkan kita menerima hukuman rakyat pada PRU akan datang. Itu saja!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ulasan politik yang amat jelas dan bernas. saya sokong pandangan saudara. saudara seorang penulis yang hebat, dan saya akan terus membaca tulisan saudara dari jauh -- azam, USA

Tanpa Nama berkata...

nak buat camner.... mb trg sibuk membela kambing

Tanpa Nama berkata...

bahang agi cikgu weh. natang pas tu bodor. saya harap cikgu kupas sokmo hal politik ning, biar orang faham. ke guana cikgu syed.