Jumaat, 8 Mei 2009

HAJI HADI DAN LABU-LABUNYA

Assalamualaikum …

Jangan Uji Kesabaran Pas. Itu kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana dipetik media sebagai komen terhadap perkembangan politik murahan Pas menjelang Muktamar Agungnya bulan depan. Jika ditanya kepada saya, ia bukanlah sesuatu yang pelik pun. Sebabnya, DS Abdul Hadi adalah seorang ulama politik yang perjuangannya ada kepentingan dan bukannya berasaskan kepada nilai kejujuran keikhlasan.

Maksud saya, beliau akan mempertahankan sesuatu yang ada kaitan dengan kepentingannya. Sebab itu, jika disoal kepada saya siapakah yang paling layak mentadbir Pas, sama ada ulama atau profesional, saya katakan kedua-duanya langsung tidak mempunyai kelayakan. Jika ulama yang mentadbir, ulama politik Pas akan hanya mentafsir agama mengikut selera dan kepentingan mereka sahaja. Mereka tidak akan sama sekali menyatakan kebenaran jika kebenaran itu merencatkan kepentingan politik mereka. Dan, yang lebih menyedihkan ialah, ulama politik Pas sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kepentingan termasuk mempertahankan manusia yang berbogel, menderhaka kepada Raja, berbohong, suka menfirnah dan sebagainya.

Begitu juga dengan profesional. Pun sama. Sifat mereka sama apabila disebut Pas. Nama partinya Islam dan pakaiannya Islam tetapi akhlak pemimpinnya jauh terpesong dan tersasar daripada ajaran Islam. Jadi, kenyataan DS Abdul Hadi yang telah memberikan amaran kepada “orang luar” supaya tidak menyibuk mengenai perkembangan terkini dalam Pas adalah luahan perasaan bimbang mengenai persepsi negatif rakyat terhadap parti itu sejak kebelakangan ini.

Jika anda ingat, DS Abdul Hadi juga selalu menjadi penyibuk nak ulas itu dan ini mengenai Perhimpunan Agung UMNO setiap kali ia berlangsung. Apa kes dan apa kena mengena DS Abdul Hadi dengan UMNO yang dia dok sibuk nak ambil tahu. Jadi, bila orang lain sibuk mengenai Pas, apa hak dia nak halang pulak. Saya fikir, DS Abdul Hadi kini khuatir dan bimbang dengan polemik kepimpinan Pas yang menterjemahkan mesej di akar umbil parti itu yang tidak lagi mempercayai kepimpinan beliau. Malah, tidak pernah berlaku di kalangan puak Pas yang tergamak mengkritik secara terbuka mengenai DS Abdul Hadi yang sebelum ini dipercayai secara taksub kerana dia dianggap Tok Guru (walaupun cap ayam).

DS Abdul Hadi bagaikan sudah bimbang dengan pengaruhnya yang sudah kian susut dan tidak disenangi di kalangan ahli Pas sendiri. Kepimpinan beliau menerima tempias yang amat negatif. Jadi, sebelum dia dijatuhkan, baik dia berundurlah. Habis cerita.

Maka tidak hairanlah jika DS Abdul Hadi sendiri terpaksa menarik bali kenyataannya mengenai Kerajaan Perpaduan yang menjadi isu hangat di dalam Pas hari ini. Dan, selepas melihat kedudukannya kian tergugat, maka itulah keputusan yang dibuat. Saya dah katakan bahawa ulama politik, mereka boleh bertabiat auta tanpa malu dan segan. Segala-galanya boleh berubah dan diubah mengikut selera mereka sahaja.

Anda fikirlah sendiri, saya tidak mahu menulisnya dengan panjang mengenai isu ini.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat mung.. itu baru betul pemimpin. buat kupasan politik yang power. hidup habibbbbbbbbb

Tanpa Nama berkata...

Salam perpaduan...

hak masing2 kan utk mengkritik, mengujar pendapat, dan mengatakan pandangan peribadi...justeru, tak salah kalau tuan empunya blog ini berkata dan melalak sedemikian dalam penulisan beliau.

tapi awas pak habib, jgn sampai hujjahmu berunsur fitnah atau seangkatan dengannya...jika begitu, si pembunuh adalah jauh lebih baik.

hamba taknak komen pasal haji hadi, pas, dan sebagainya. itu semua politik yang mungkin salah dan mungkin betul.

yg hamba nak perkatakan di sini adalah mengenai UMNO dan juga pak habib sendiri.

harap pak habib baca ke penghujung tulisan hamba ini.

pak habib nampaknya bercakap mengenai Islam. sekarang cuba jawab, di dalam UMNO yg pak habib perjuangkan itu di mana letak Islamnya? kalau tiadalah Islam di dalam UMNO, justeru, apa yg pak habib perjuangkan? perjuangakan melayu? perjuangkan nasib pelajar melayu? perjuangkan status pangkat? perjuangkan periuk nasi? atau apa?

ingat, gelaran 'habib' tu kerana pak habib berketurunan rasulullah. keturunan pak habib mulia kerana berketurunankan rasulullah. dan mulianya rasulullah itu adalah kerana Islam yg diperjuangkannya. Tanpa Islam, tiada siapa pun yg mulia. ingat itu pak habib.

sudah2 lah pak habib. umur dah makin meningkat. kita tak tahu bila malaikat maut akan bertandang. kalau taknak bersama pas pun, jgn la mencampakkan diri dalam parti UMNO yg secara jelas tidak membela agama Islam itu. jgn jadi sebahagian dr penolong mereka. kelak akan binasa jiwa.

pak habib, maafkan hamba kerana tulisan ini. itu semua sekadar peringatan yg tidak skema.

hrp pak habib siarkan komen ini kerana kebenaran. bukankah pak habib seorg pejuang? kalau salah komen itu, sila pak habib kemukakan yg benarnya. hampa menunggu dgn sabar.

salam perjuangan pak habib.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni tak dok la parti bodoh piang.doksoh wak gile la nak sokong pas.mu ingat pas tu Islam ke?guana nak masuk pas kena ngucap dulu.tok mu!dasar pas sekarang bersahabat baik dgn kapir harbi demi tumbangkan umno.tu je.mu dok soh gong la org pas.aku setuju dgn tulisan pak habib.
berpolitik,politik la.mu doh soh la nak kata mu mapuh,mu masuk syurga.guana syurga tu hok org pas?ke mu tahu doh?benci aku ke pas pis pus ni sapa bila2.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Semoga Tuhan membuka pintu hati kita utk mencari kebenaran. Pohon ke hadratNya agar kita dapat berhujah utk kebenaran.

kepada pengutara komen yg ketiga. . Islam itu hidup atas hujjah. turunnya Al-Quran itu juga dgn hujjah. setiap kebenaran ada hujjahnya. dan setiap kebatilan itu pula mesti ada hujjahnya.

sungguh kurang etika saudara dalam berhujjah (hamba pasti pak habib pun setuju dgn kata2 hamba ini).

persoalan yg hamba timbulkan bkn mengenai pas. hamba tak pernah 'mengempen' org utk masuk pas. yg hamba timbulkan di dalam komen kedua di atas itu adalah mengenai umno itu sendiri. sila jawab dengan hujjah.

pak habib masih berdiam diri, hamba rasa, tentu pak habib masih memikirkan hujjah yg sesuai utk diutarakannya di sini. itulah yg sepatutnya. hamba menunggu dgn sabar.

hidupkan melayu dengan Islam.

salam perjuangan.