Jumaat, 5 Jun 2009

JIKA BERANI MENGKRITIK, MESTI JUGA BERANI DIKRITIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,…

Saya sungguh gembira kerana terus diberikan kesempatan untuk menulis, mencatatkan sesuatu yang saya fikirkan benar dan wajar ditulis. Apa pun lakaran dan wajah penulisan saya, saya lakukannya di atas prinsip tersebut. Saya tidak kisah apakah reaksi, pandangan dan andaian anda mengenai tulisan saya kerana bagi saya, kesudian anda menjengah laman blog saya ini pun sudah memadai. Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sering mengikuti tulisan saya. Ada yang menghantar pelbagai komen – ada yang memuji, mengutuk dan ada juga yang seolah-olah tidak bersedia membaca kritikan saya. Ada juga yang menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas.

Pun begitu, saya kagum dan gembira kerana anda adalah sebahagian daripada saya. Saya yakin terhadap apa yang saya catatkan. Itu adalah tambahan kepada prinsip yang saya sebutkan tadi. Sebagai manusia yang sentiasa berfikir, saya sedar kadangkala tulisan saya agak kritis terhadap beberapa isu. Malah, dalam keadaan tertentu, ia kelihatan agak keras nadanya. Sebahagian daripada anda pasti tidak senang dengan kritikan saya. Namun bagi saya, jika saya boleh menerima kritikan anda terhadap tulisan saya, mengapa anda tidak mampu menerima kritikan saya.

Demokrasi memberikan kebebasan sedemikian. Namun, ia tidaklah bermaksud dalam konteks satu pihak semata-mata. Kita wajar dan mesti saling menerima apa yang kita anggap wajar. Yang selebihnya, terpulanglah kepada penilaian kita sendiri.

Bagi saya, laman Gerbang Ilmu ini adalah medan untuk saya melontarkan pandangan dan sekali lagi saya pulangkan kepada anda untuk menilai dan memikirkannya. Jika ada di kalangan anda tidak mampu menerima hujjah saya, saya fikir itu bukanlah bermaksud ianya tidak betul. Tidak betul bagi anda, tetapi ia mungkin betul bagi orang lain. Ia terlalu kompleks. Cuma saya mengharapkan agar anda tidak menggunakan pihak ketiga untuk mengkritik tulisan dan hujjah saya, apatah lagi dengan melibatkan bonda tercinta saya yang kini ingin menghabiskan bonus usia kurniaan Allah dengan penuh ketenangan.

Itulah akibatnya jika kita suka mengkritik orang tetapi pada masa yang sama kita tidak suka dikritik. Inilah juga akibatnya apabila kita terlalu taksub kepada pemimpin seolah-olah mereka itu maksum dan tidak boleh disentuh langsung. Mereka juga adalah manusia yang sama dengan kita. Yang memisahkan kita dengan mereka hanyalah kedudukan. Namun, dari segi benteng kelemahan serta kesilapan, mereka juga tidak terlepas walaupun mereka dipanggil atau digelar Tok Guru. Sebagaimana yang dipegang: Jika terjadi kepada kepada orang lain, maka kita akan menyatakan ia sebagai bala tetapi jika terkena pada batang hidung sendiri, kita akan kata ia dugaan Allah.

Jika mereka memberi, maka itu dianggap sedekah dan buah tangan. Namun jika orang lain memberi, sah itu dianggap rasuah atau politik wang. Ya Allah, jauhkanlah aku dan keturunanku daripada golongan hipokrit seperti itu.




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU DGN PANDANGAN TUAN. DEPA TU SANGGUP KRITIK ORANG TAPI BILA DIRI DEPA KENA KRITIK, DEPA TAK NAK MENGAKU. PAS MEMANG SESAT. YANG SOKONG DAN JADI AHLI PAS MEMANG TAK SEDAR PAS SESAT SEBAB DEPA PUN SESAT. HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Saudara

Rasanya saya faham maksud luahan berkenaan. Ia berkaitan tulisan saudara menyentuh sikap taksub PAS kepada "Tok Guru".

Apa nak dihairankan, memang begitu tauladan dan ajaran "Tok Guru" kepada pendokong-pendokong PAS. Apa juga cara mereka lakukan walaupun diluar batasan agama dan adat susila semua "dihalalkan" dan "diharuskan" oleh Kepimpinan Ulama mereka. Tu pasal status "kepimpinan Ulama" perlu dikekalkan didalam PAS. Kan "Ulama" PAS kata lebih baik berkawan dengan syaitan, Allah pun mencarut, Orang Umno Kafir. Kalu kepimpinan profesional yang pegang dah macam UMNO gak le... orang melayu susah nak diperbodohkan kecuali dengan imej kurpiah dan serban....

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUI. AKU SETUJU PENDAPAT HANG. PUAK PAS HANYA TAHU BANTAI ORANG, BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, BARU PADAN DEPA PUNYA MUKA. HAMMMPUUUUUIIIIIIIH KAT MUKA PUAK PAS.

Tanpa Nama berkata...

hidup syed anuar, pejuang pelajar terbilang