Selasa, 26 Mei 2009

ALAHAI AKHIL HAYY .. APA KATA TOK GURU

Salam Blogger

Saya bukan mahu menjaga tepi kain orang, tetapi kisah artis yang digelar ustaz iaitu Akhil Hayy yang dilaporkan mengabaikan isteri dan keluarga kononnya kerana seorang wanita lain amat menarik perhatian umum. Bukannya kerana saya peminat beliau, tetapi apa yang membuat saya minat terhadap isu ini ialah kerana beliau adalah seorang penceramah bebas (bebas ke?) dan selalu “beraksi” di pentas Pas.

Sampai sekarang pun saya tidak mampu terfikir, mengapakah hal-hal sedemikian telah berlaku ke atas manusia yang digelar ustaz ini. Lebih mendukacitakan lagi apabila isteri beliau, Maizawati Zainal menuntut cerai daripada beliau, manakala kehidupan anak-anaknya juga dikatakan terjejas teruk sehingga terpaksa ditukarkan ke sekolah lain.

Sebenarnya, apabila beliau berceramah di pentas Pas, saya tidak pernah mahu memanggilnya ustaz kerana bagi saya, jika disabitkan dengan Pas, mereka adalah golongan-golongan auta sahaja. Memang tidak dinafikan lagi, Akhil adalah seorang “ustaz” yang dipuja oleh puak-puak Pas atas sebab-sebab tertentu. Namun, bila berlaku sebagaimana yang didedahkan, mesti ramai pemimpin dan puak Pas yang tidak akan percaya.

Saya pun nak dengar komen tok-tok guru Pas mengenai hal ini. Apa citer Nik Aziz?. Saya percaya, Nik Aziz pasti akan boleh berikan banyak alasan bagi menghalalkan tindak-tanduk manusia yang pernah berjasa kepada partinya ini. Pasti ada ayat-ayat Al-Quran yang akan dibaca bagi memperkukuhkan hujjah demi mempertahankan seorang ustaz.

Wahai rakyat, tidakkah kami celik daripada melihat segala gelagat manusia yang memperalatkan agama dan gelaran yang suci. Sudah berapa banyakkah kebatilan, maksiat dan sikap buruk manusia dipertahankan oleh Tok Guru hanya semata-mata manusia itu adalah puak mereka. Masihkah anda ingat kisah Mat Sabu?, ayam tambatan Nik Aziz.

Sedarlah wahai rakyat, jangan terlalu mudah menggelarkan seseorang itu ustaz kerana dia seorang yang berjubah dan berjanggut lebat. Atau, mereka yang hanya tahu membaca sepatah dua ayat suci. Ingat, mereka juga adalah manusia biasa dan tidak pernah terlepas daripada kelemahan dan kesilapan. Nik Aziz pun sama. Beliau juga adalah manusia biasa. Maka, setiap fatwa dan kata-kata beliau tidak pernah bebas daripada kelemahan dan kepentingan.

Semoga, kisah yang berlaku ini akan mendedahkan kepada rakyat, inilah sikap manusia yang pernah bersekongkol dengan Pas. Fikirkanlah.


3 ulasan:

penawarrindu berkata...

Adik beradik YM Syed yang bersama PAS tu tak boleh percaya juga ke?

huhuuhhhh sekadar bertanya

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang akan guna sesiapa saje yang difikirkan boleh membantu memesongkan pemikiran rakyat sehingga tidak mampu membuat penilaian secara waras. Pendekatan paling ampuh terutama orang melayu adalah dengan menonjolkan watak "ustaz". Bila sokong PAS mula tonjolkan diri dengan berkupiah , serban dan jubah. Tetapi bersikap penuh perasaan membenci kepada siapa saje yang tidak sehaluan. Ini kerana mereka tahu, para ulamak dan Tok Guru akan mempertahankan mereka, kerana mereka telah dijamin syurga kerana berada dalam perjuangan PAS. Apa nak dihairankan kerana Tok Guru telah "fatwakan" lebih baik berkawan dengan syaitan, Allah pun mencaruk.... Presiden PAS pun dah kafirkan semua orang... bukankah itu semua janji-janji mereka kepada pengikut-pengikut (tak berfikiran) sebagai janji syuga dalam perjuangan....

ainul berkata...

ini baru ustaz plastik ...