Sabtu, 15 Ogos 2009

INIKAH NILAI KEMERDEKAAN BAGI KITA

Salam blogger…

Ogos sudah pun melewati usia 15 hari, namun suasana yang dapat kita lihat, sama juga dengan bulan-bulan yang lain. Seperti tidak ada apa yang istimewa. Hairan juga ya, mengapa hal sedemikian boleh berlaku dan disaksikan. Saya ingin bertanya, berapa ramaikah di kalangan kita yang sedar bahawa kita sudah pun mencapai usia kemerdekaan yang ke-52.

Saya sempat bertanya kepada pelajar mengenai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Jawapan yang diberikan hanyalah dengan wajah yang tersengih-sengih sebagai tafsiran bahawa mereka sebenarnya tidak tahu menahu akan hal tersebut. Dan, sebagaimana yang dijangka, ramai yang menjawab “tidak tahu”. Saya bertanya pula kepada anak-anak muda yang berjawatan, atau dengan maksud lain berpelajaran. Malangnya, jawapan yang diberikan hampir sama.

Adalah amat tidak adil jika saya merumuskan bahawa semua pelajar dan anak muda kita tidak mengetahui mengenai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Bagaimanapun, cukuplah jika saya katakan bahawa saya amat bimbang ia akan menjadi budaya baharu anak-anak muda kita yang akhirnya Hari Kemerdekaan disambut di dalam selimut atau berehat di tempat-tempat peranginan sahaja.

Saya juga tidak mampu menyembunyikan perasaan bimbang dan risau saya mengenai sikap anak-anak generasi selepas merdeka seperti itu. Kemerdekaan bagi mereka bagaikan tidak mempunyai nilai dan seolah-olah kemerdekaan yang dicapai 52 tahun yang lalu adalah sesuatu yang percuma.

Amat tidak memadai jika kita mengharapkan mereka ini memahami sejarah hanya melalui buku di sekolah. Mereka mesti terus diberikan pendedahan, diberitahu dan digambarkan bahawa kemerdekaan yang kita capai itu adalah hasil perjuangan nenek moyang mereka yang mempertaruhkan harta dan nyawa dengan negara dan kita semua.

Kadangkala apabila kita terlalu banyak berpolitik, atau kita berpolitik sepanjang masa, maka inilah akibatnya. Perkara itu juga sebenarnya telah menyumbang kepada betapa semangat patriotik di kalangan masyarakat kita sendiri sebenarnya makin susut. Kita sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata untuk terbabit dengan demonstrasi jalanan – satu kegiatan yang tidak bermaruah - namun kita berkira untuk membuat sesuatu atas nama erti sebuah kemerdekaan.

Semoga kita mampu berfikir secara rasional dan menolak sebarang elemen yang boleh menggadai maruah negara kita … Merdeka!.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam semua...

Pak habib, bagaimana seharusnya kita menyambut kemerdekaan?

hamba juga sependapat dengan pak habib mengenai kemuflisan peka dr anak-anak muda terhadap ulangtahun kemerdekaan negara. mungkin mereka lebih terdedah dgn pelbagai pembudayaan kuning yg semakin menular dan lebih berbahaya dari virus khinzir flu.

kalau di terengganu, negeri tumpah darah pak habib sendiri sekarang pembudayaan kuning itu bertali arus. yang terbaru, persembahan hiburan sempena pembukaan UpTown di kawasan wakaf mempelam. kalau sebelum tu, di TER Kuala Ibai..artis2 diimport dr luar bagi menyebarkan virus kuning itu ke dlm negeri darul iman. Sebelum tu lagi, nun di dataran shah bandar sana...sebab tu hamba kata ianya bertali arus....itu la antara sebabnya mengapa terjadinya ketidak pekaan seperti yg pak habib keluhkan itu. justeru, kepada siapa agaknya keluhan itu wajar pak habib arahkan?

dari sudut lain pula, apakah erti kemerdekaan? oleh kerana kita ini org islam, adalah molek sekiranya pak habib terangkan sedikit di muka blog Gerbang Ilmu ini bagaimana erti sebuah kemerdekaan menurut kacamata Islam beserta catatan rujukannya skali agar hujjah menjadi teguh.

hamba menunggu tulisan pak habib.....


- 'Abdullah

Haji Hadi berkata...

sakit hati orang pas rai ulang tahun kemerdekaan negara. mereka tu puak rimba. patut duduk dalam hutan je. paria betui ar