Sebagai pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan bagi kami pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dan berharga kepada fraterniti pendidikan negara.
Satu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah apabila wakil GPMS sempat bersama Allahyarham sewaktu Persidangan Meja Bulat PPSMI baru-baru ini. Allahyarham sememangnya seorang yang sangat profesional dan komited kepada pelaksanaan PIPP.
Lebih menyentuh perasaan kerana dua minggu kebelakangan ini, Allahyarham telah membuat beberapa pengumuman yang selari dengan pandangan GPMS iaitu i) mengadakan mata pelajaran vokasional di semua sekolah bermula di tingkatan satu, ii) mewajibkan subjek sejarah dalam sistem pendidikan.
Perhimpunan Agung Tahunan GPMS akan datang pastinya bakal mengucapkan rasa bangga dan terima kasih di atas sikap yang begitu responsif beliau dan Kementerian Pelajaran terhadap isu-isu yang diketengahkan GPMS.
Kami mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para salihin dan seseungguhnya sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan negara akan terus dikenang selama-lamanya oleh rakyat di negara ini.
3 ulasan:
Salam,
Ucapan Takziah buat keluarga & kenalan YB Datuk Haji Razali atas pemergian beliau yang sungguh tak diduga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuanNya. Pemergian yang begitu dirasai, kehilangan besar pada dunia pendidikan dan warga kuala terengganu khususnya. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang2 yg soleh, Amin...
Al-Fatihah...
Buat abg syed,
Teruskanlah perjuangan yang masih belum selesai.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.. Amin.
Allahumma fighlahu,
Warhamhu,
Wa'aafihi,
Wa'fu 'anhu...
Salam dari Maal Hijrah adikMad :)
Balasungkawa buat Allahyarham Datuk Razali Ismail. Susah nak cari tokoh sehebatnya.Tapi, orang yang hebat selalunya lebih disayangi oleh Allah...bila nak letak 'cbox' dalam blog??
Catat Ulasan